Biar BERADAB, Terutama Di TEMPAT AWAM
Assalamualaikum semua. Hari ini kita mengetengahkan masalah yang selalu dihadapi kita semua ia itu Melayu Islam. Ia boleh menjadi masalah besar jika kita sering melihat dengan mata kepala kita sendiri. Tidakkah kita rimas? Malu? Apakah reaksi anda apabila bangsa atau agama kita bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak ramai di dalam kereta api(MRT)? Tidak menjijikkankah? Tidak hiraulah jikalau bangsa atau agama lain yang membuatnya kerana fikiran mereka berbeza daripada kita. Ia berlaku kerana ramai daripada kita sudah mula mengikut cara-cara barat. Tetapi kita harus ingat Singapura ini mempunyai berbilang bangsa yang jauh lebih beza daripada negeri barat. Ia itu berfikiran terbuka. Tetapi kita sebagai penumpang haruslah menegur sesiapa sahaja membuat demikian untuk berhenti sebagai menunjukkan tanda hormat kepada penumpang lain yang memerhati dengan perbuatan yang kurang enaknya. Lebih teruk lagi apabila kanak-kanak yang melihatnya. Apa harus kita jawap apabila mereka mula bertanya?
Apabila perbuatan ini terjadi, ramai menyalahkan pelaku-pelaku itu. Tetapi kita pun harus disalahkan. Fikirlah betul-betul, mengapa ia berlaku? Kenapa kita tidak menegurnya? Bagaimana ia berlaku? Kenapa mereka hendak melakukannya. Terlalu banyak soalan harus kita buat kajian untuk menjawap jawapan, sebelum mula menyalahkan orang lain.
Jikalau kita mahu menegur, tegurlah dengan lemah lemut dan baik. Janganlah terus serbu hingga orang ramai boleh dengar. Mereka pun manusia yang mempunyai sifat malu dan lemah lembut. Janganlah malukan mereka apabila mereka bersalah. Cubalah kita rasakan apabila kita dikasut mereka. Apa kita rasa? Fikirlah sebelum bertindak dengan melulu.
Apakah harus kita lakukan supaya perkara yang kurang elok dipandang orang diberhentikan?
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home