Sunday, July 26, 2009

Teknologi merangsang kehidupan manusia hari ini. Berikan pendapat kamu.

Untuk saya, ia mempunyai kebaikan dan keburukan. Teknologi adalah aktiviti atau kajian pengatahuan sains. Teknologi merasang kehidupan seseorang individu, famili dan masyarakat hingga menimbulkan sesuatu perkembangan dengan melalui pengangkutan, komunikasi dan rekaan. Ada juga individu yang menyalahgunakan teknologi itu sendiri.

Dahulu, pada zaman nenek moyang kita, mereka tidak mempunyai sembarang pengangkutan untuk meyenangkan hidup mereka. Hendak pergi kemana-mana, mereka harus berjalan kaki. Barang yang banyak atau yang berat harus dibawa oleh tangan sahaja, kerana kereta beroda atau kereta tolak belum dicipta. Sekarang, lama kelamaan zaman semakin moden. Kereta tolak atau kereta lembu dicipta untuk mengangkut orang ataupun barang-barang. Ia bermula apabila seorang pakar saintis membuat sebuah roda apabila membuat kajian terlebih dahulu. Hari ini, kita hendak ke sesuatu destinasi dengan cepat, dengan menaiki kereta, teksi, bas atau keretapi gerak laju(MRT).

Keakraban sebuah keluarga berlaku apabila mereka berkumpul menonton televisyen bersama selepas pulang pada waktu sekolah dan waktu kerja. Walaupun ia sesuatu hiburan, ia merangsangkan ahli keluarga untuk merapatkan silatulrahim. Zaman 9o an, keakraban ahli keluarga boleh kita lihat. Pada hari ini, keakraban antara ahli keluarga hanya segelintir sahaja, ataupun tidak ada terus. Ini kerana teknologi hiburan makin changing dan macam-macam hiburan kita lalui. Seperti komputer riba, telefon bimbit radio dan alat-alat permainan elektronik. Antara ahli keluarga akan berhadapan dengan komputer riba selama 24 jam atau sebok bergayut dengan telefon bimbit.

Teknologi merangsang kehidupan individu hari ini. Dengan adanya internet, saya, seperti remaja-remaja lain boleh ke lelaman-lelaman tertentu seperti Google atau Yahoo, untuk mencari kajian yang berdasarkan dengan kerja sekolah dan projek sekolah. Menyalahgunakan teknologi adalah kita, ia itu individu. Kita diberi peluang untuk mencari kajian dengan sekaligus menanbahkan ilmu, kita sempat ke lelaman-lelaman lain yang sepatutnya kita jauhi. Ini semua kerana nafsu syaitan yang kita digodai.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home