Sunday, July 26, 2009

Teknologi merangsang kehidupan manusia hari ini. Berikan pendapat kamu.

Untuk saya, ia mempunyai kebaikan dan keburukan. Teknologi adalah aktiviti atau kajian pengatahuan sains. Teknologi merasang kehidupan seseorang individu, famili dan masyarakat hingga menimbulkan sesuatu perkembangan dengan melalui pengangkutan, komunikasi dan rekaan. Ada juga individu yang menyalahgunakan teknologi itu sendiri.

Dahulu, pada zaman nenek moyang kita, mereka tidak mempunyai sembarang pengangkutan untuk meyenangkan hidup mereka. Hendak pergi kemana-mana, mereka harus berjalan kaki. Barang yang banyak atau yang berat harus dibawa oleh tangan sahaja, kerana kereta beroda atau kereta tolak belum dicipta. Sekarang, lama kelamaan zaman semakin moden. Kereta tolak atau kereta lembu dicipta untuk mengangkut orang ataupun barang-barang. Ia bermula apabila seorang pakar saintis membuat sebuah roda apabila membuat kajian terlebih dahulu. Hari ini, kita hendak ke sesuatu destinasi dengan cepat, dengan menaiki kereta, teksi, bas atau keretapi gerak laju(MRT).

Keakraban sebuah keluarga berlaku apabila mereka berkumpul menonton televisyen bersama selepas pulang pada waktu sekolah dan waktu kerja. Walaupun ia sesuatu hiburan, ia merangsangkan ahli keluarga untuk merapatkan silatulrahim. Zaman 9o an, keakraban ahli keluarga boleh kita lihat. Pada hari ini, keakraban antara ahli keluarga hanya segelintir sahaja, ataupun tidak ada terus. Ini kerana teknologi hiburan makin changing dan macam-macam hiburan kita lalui. Seperti komputer riba, telefon bimbit radio dan alat-alat permainan elektronik. Antara ahli keluarga akan berhadapan dengan komputer riba selama 24 jam atau sebok bergayut dengan telefon bimbit.

Teknologi merangsang kehidupan individu hari ini. Dengan adanya internet, saya, seperti remaja-remaja lain boleh ke lelaman-lelaman tertentu seperti Google atau Yahoo, untuk mencari kajian yang berdasarkan dengan kerja sekolah dan projek sekolah. Menyalahgunakan teknologi adalah kita, ia itu individu. Kita diberi peluang untuk mencari kajian dengan sekaligus menanbahkan ilmu, kita sempat ke lelaman-lelaman lain yang sepatutnya kita jauhi. Ini semua kerana nafsu syaitan yang kita digodai.

Tuesday, April 21, 2009

Biar BERADAB, Terutama Di TEMPAT AWAM

Assalamualaikum semua. Hari ini kita mengetengahkan masalah yang selalu dihadapi kita semua ia itu Melayu Islam. Ia boleh menjadi masalah besar jika kita sering melihat dengan mata kepala kita sendiri. Tidakkah kita rimas? Malu? Apakah reaksi anda apabila bangsa atau agama kita bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak ramai di dalam kereta api(MRT)? Tidak menjijikkankah? Tidak hiraulah jikalau bangsa atau agama lain yang membuatnya kerana fikiran mereka berbeza daripada kita. Ia berlaku kerana ramai daripada kita sudah mula mengikut cara-cara barat. Tetapi kita harus ingat Singapura ini mempunyai berbilang bangsa yang jauh lebih beza daripada negeri barat. Ia itu berfikiran terbuka. Tetapi kita sebagai penumpang haruslah menegur sesiapa sahaja membuat demikian untuk berhenti sebagai menunjukkan tanda hormat kepada penumpang lain yang memerhati dengan perbuatan yang kurang enaknya. Lebih teruk lagi apabila kanak-kanak yang melihatnya. Apa harus kita jawap apabila mereka mula bertanya?
Apabila perbuatan ini terjadi, ramai menyalahkan pelaku-pelaku itu. Tetapi kita pun harus disalahkan. Fikirlah betul-betul, mengapa ia berlaku? Kenapa kita tidak menegurnya? Bagaimana ia berlaku? Kenapa mereka hendak melakukannya. Terlalu banyak soalan harus kita buat kajian untuk menjawap jawapan, sebelum mula menyalahkan orang lain.
Jikalau kita mahu menegur, tegurlah dengan lemah lemut dan baik. Janganlah terus serbu hingga orang ramai boleh dengar. Mereka pun manusia yang mempunyai sifat malu dan lemah lembut. Janganlah malukan mereka apabila mereka bersalah. Cubalah kita rasakan apabila kita dikasut mereka. Apa kita rasa? Fikirlah sebelum bertindak dengan melulu.
Apakah harus kita lakukan supaya perkara yang kurang elok dipandang orang diberhentikan?

Wednesday, February 11, 2009

Melestarikan Budaya Warisan Bangsa

Remaja hari ini masih ingin mengekalkan budaya warisan bangsa melayu mereka. Berikan pendapat kamu.



Budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal. Warisan pula merupakan peninggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa. Esei ini akan membincangkan bagaimana budaya yang akan diketengahkan dari segi kesenian, peradaban dan bahasa.



Kita mulakan dengan kesenian, kerana kebanyakkan remaja masih mengambil bahagian dalam kesenian. Sebagai contoh silat dan tarian. Kesenian ialah sebuah tiang budaya Melayu sejak zaman dulu lagi yang membuat identiti masyarakat Melayu lebih dikenali ramai dan lebih terserlah. Ia sangat popular di kalangan remaja kerana silat itu seni mempertahankan diri dan bukan untuk menunjuk-nunjuk yang berasal dari tanah Melayu. Bukan sahaja seni silat untuk mempertahankan diri, ia juga boleh mempamerkan budaya dan seni Melayu dengan menerusi majlis perkahwinan orang Melayu. Tarian juga popular kerana gerak-geri yang melembutkan dan untuk remaje yang suka berdansa seperti zapin, ronggeng dan lain-lain lagi. Ia dapat mengekalkan budaya Melayu dengan menonjolkannya pada hari raya ataupun acara-acara yang penting melalui konsert.



Tentang peradaban pula. Pantang larang dan kunjung-mengunjung tetap teguh dijalankan walaupun bukan selalu kerana zaman semakin maju dan kita lebih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kita mula kunjung-mengunjung kerumah sanak-saudara dan kawan- kawan apabila hari-hari yang tertentu seperti hari raya AidilFitri, AidilAdha dan juga melawat orang sakit. Ia sudah menjadi kebiasaan kita untuk melakukan. Setiap Budaya mempunyai pantang larang yang tersendiri seperti orang Melayu yang mempercayai pada zaman dulu berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang orang tua dulu bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.


Bahasa yang tidak ketinggalan dengan peribahasa dan pantun. Jangan terkejut kerana masih remaja seperti kita masih menggunakan peribahasa dan berkias kerana mereka hendak menjaga hati masing-masing tetapi yang senang-senang sahaja. Hehe. Ada yang juga reka sendiri supaya ia juga senang difaham. Pantun juga tidak ketinggalan kerana ia mempunyai irama dan kreativiti masing-masing untuk membuatnya. Ia pun senang untuk direkanya. Membuat pantun secara lucu, serious ataupun untuk meluahkan cinta kepada orang yang tertentu.

Tuesday, January 27, 2009

"Erti Persahabatan"

Warna langit yang tadinya biru gelap, perlahan-perlahan bergerak ke warna kemerah-merahan. Dari sebalah Timur, sang mentari menunjukkan dirinya, menumpahkan cahaya sedikit demi sedikit ke tanah yang masih basah lagi dari hujan semalam. Aku melihat penampilan aku di cermin. Ditenung sepasang anak mata aku yang kurang bercahaya dan nampak tidak bermaya kerana aku banyak termenung daripada melalapkan mata.

Beberapa hari, perkara ini membuat aku resah dan gelisah hingga tidak boleh duduk diam. Persahabatan aku bersama kawan baikku tiba-tiba menjadi dingin. Dia mulai berjauhan daripada diriku. Aku pun tidak mengerti dengan permintaanya itu. Tetapi aku tidak membantah kerana aku tidak mahu memburukkan keadaan. Aku membiarkan keadaan begitu sahaja untuk seketika. Pada masa itu lah, aku merasakan tidak lama lagi aku akan menghilang seorang kawan yang bernama sahabat, yang benar-benar aku menghargai selama ini.

Walaupu

Sunday, August 24, 2008

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawap

Menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab adalah susah, bukanlah begitu senang.Ada berbagai cara untuk menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab.Internet sangat bermanfaat untuk mengumpul data-data laporan atau kajian-kajian yang pengguna internet perlukan.Ia sungguh mudah apabila naskah yang diketikkan disatu komputer dapat segera tersimpan atau menampilkan di komputer lain.

Sunday, July 13, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Bahan-Bahan Membuat Wau

Wau sebenarnya...Asyik berbual tentang wau je.Bahan-bahan yang diperbuat oleh wau kita tidak tahu.Betul tak?Hehe.Hendak tahu bahan-bahannya?Bacalah lebih lanjut.Hehe.Buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesusaian untuk menghasilkan sebuah wau ialah antara bahan-bahan yang diperlukan.Bukan senang hendak menghasilkan wau yang bermutu.Kepakaran, kemahiran dan kesabaran adalah aspek yang utama untuk membuat wau.Kita harus lebih teliti apabila memilih bahan-bahan, terutama buluh bagi memastikan wau yang dihasilkan mempunyai kualiti.Tetapi, sebelum menebang atau menyimpan buluh ia terdapat beberepa petua dan pantang-larang yang terlibat.Bersambung di entri baru untuk petua dan pantang-larang.

Sekian.Terima Kasih.

Saturday, July 5, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Bersambung Tentang Wau

Wau?Hmm.Wau adalah sebuah layang-layang yang direka bentuk dengan begitu kreatif dan unik.Walaupun wau adalah sebuah layang-layang, ia memberi gambaran yang cukup berlainan.Ia akan menarik ramai perhatian, apabila wau dilayangkan di langit.Wau tidak semestinya mempunyai saiz yang sama.Wau boleh mempunyai saiz yang kecil, sederhana atau pun besar.Wau yang berlainan saiz, mengikut citarasa seorang pemain yang selesa melayangkan waunya di langit yang tinggi.

Sekian.Terima kasih.