Sunday, July 13, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Bahan-Bahan Membuat Wau

Wau sebenarnya...Asyik berbual tentang wau je.Bahan-bahan yang diperbuat oleh wau kita tidak tahu.Betul tak?Hehe.Hendak tahu bahan-bahannya?Bacalah lebih lanjut.Hehe.Buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesusaian untuk menghasilkan sebuah wau ialah antara bahan-bahan yang diperlukan.Bukan senang hendak menghasilkan wau yang bermutu.Kepakaran, kemahiran dan kesabaran adalah aspek yang utama untuk membuat wau.Kita harus lebih teliti apabila memilih bahan-bahan, terutama buluh bagi memastikan wau yang dihasilkan mempunyai kualiti.Tetapi, sebelum menebang atau menyimpan buluh ia terdapat beberepa petua dan pantang-larang yang terlibat.Bersambung di entri baru untuk petua dan pantang-larang.

Sekian.Terima Kasih.

Saturday, July 5, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Bersambung Tentang Wau

Wau?Hmm.Wau adalah sebuah layang-layang yang direka bentuk dengan begitu kreatif dan unik.Walaupun wau adalah sebuah layang-layang, ia memberi gambaran yang cukup berlainan.Ia akan menarik ramai perhatian, apabila wau dilayangkan di langit.Wau tidak semestinya mempunyai saiz yang sama.Wau boleh mempunyai saiz yang kecil, sederhana atau pun besar.Wau yang berlainan saiz, mengikut citarasa seorang pemain yang selesa melayangkan waunya di langit yang tinggi.

Sekian.Terima kasih.

Wednesday, July 2, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Tentang Wau

Permainan tradisional mempunyai bermacam-macam permainan.Namun permainan tradisional seperti wau membuatkan saya tertarik untuk menulis tentangnya.Wau mempunyai bentuk dan nama yang berlainan.Seperti wau bulan, wau payung dan wau kucing.Perbentukan wau menarik perhatian saya.Ia sungguh unik.