Melestarikan Budaya Warisan Bangsa
Remaja hari ini masih ingin mengekalkan budaya warisan bangsa melayu mereka. Berikan pendapat kamu.
Budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal. Warisan pula merupakan peninggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa. Esei ini akan membincangkan bagaimana budaya yang akan diketengahkan dari segi kesenian, peradaban dan bahasa.
Kita mulakan dengan kesenian, kerana kebanyakkan remaja masih mengambil bahagian dalam kesenian. Sebagai contoh silat dan tarian. Kesenian ialah sebuah tiang budaya Melayu sejak zaman dulu lagi yang membuat identiti masyarakat Melayu lebih dikenali ramai dan lebih terserlah. Ia sangat popular di kalangan remaja kerana silat itu seni mempertahankan diri dan bukan untuk menunjuk-nunjuk yang berasal dari tanah Melayu. Bukan sahaja seni silat untuk mempertahankan diri, ia juga boleh mempamerkan budaya dan seni Melayu dengan menerusi majlis perkahwinan orang Melayu. Tarian juga popular kerana gerak-geri yang melembutkan dan untuk remaje yang suka berdansa seperti zapin, ronggeng dan lain-lain lagi. Ia dapat mengekalkan budaya Melayu dengan menonjolkannya pada hari raya ataupun acara-acara yang penting melalui konsert.
Tentang peradaban pula. Pantang larang dan kunjung-mengunjung tetap teguh dijalankan walaupun bukan selalu kerana zaman semakin maju dan kita lebih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kita mula kunjung-mengunjung kerumah sanak-saudara dan kawan- kawan apabila hari-hari yang tertentu seperti hari raya AidilFitri, AidilAdha dan juga melawat orang sakit. Ia sudah menjadi kebiasaan kita untuk melakukan. Setiap Budaya mempunyai pantang larang yang tersendiri seperti orang Melayu yang mempercayai pada zaman dulu berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang orang tua dulu bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Bahasa yang tidak ketinggalan dengan peribahasa dan pantun. Jangan terkejut kerana masih remaja seperti kita masih menggunakan peribahasa dan berkias kerana mereka hendak menjaga hati masing-masing tetapi yang senang-senang sahaja. Hehe. Ada yang juga reka sendiri supaya ia juga senang difaham. Pantun juga tidak ketinggalan kerana ia mempunyai irama dan kreativiti masing-masing untuk membuatnya. Ia pun senang untuk direkanya. Membuat pantun secara lucu, serious ataupun untuk meluahkan cinta kepada orang yang tertentu.